Tawar hadiah AS$3 bilion jika dapat buktikan bumi rata

Tawar hadiah AS$3 bilion jika dapat buktikan bumi rata

TIM Boyle menawarkan ganjaran AS$3 bilion kepada mana-mana pihak yang berjaya membuktikan bumi adalah rata dan bukannya berbentuk sfera. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OREGON: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Columbia Sportswear Company, Tim Boyle mencetuskan perhatian apabila menawarkan peluang luar biasa kepada sesiapa yang percaya dan boleh membuktikan bumi ini rata.

Boyle, 76, pada Selasa mengumumkan satu cabaran baharu yang menggesa golongan ‘bumi rata’ mencari hujung sebenar bumi dan membawa pulang gambar jurang yang kononnya wujud di luar sempadannya.

Boyle dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai AS$1.6 bilion (RM6.57 bilion) berkata, penemuan tersebut akan melayakkan peserta menerima ganjaran terbesar iaitu kawalan penuh terhadap syarikat keluarganya bernilai AS$3 bilion (RM12.3 bilion) yang diasaskan pada 1938.

Pengumuman itu merupakan sebahagian daripada kempen pemasaran baharu Columbia bertajuk Expedition Impossible, yang memaparkan Boyle berjalan di ibu pejabat syarikat di Oregon sambil berjanji segala-galanya, daripada bilik mesyuarat hinggalah ke mesin kopi akan menjadi milik pemenang.

“Pesanan ini untuk golongan teori bumi rata. Kamu semua kata bumi ada penghujung. Jadi pergilah ambil gambar, hantar kepada kami, dan kamu akan dapat semua aset syarikat. Semuanya.

Tanpa borang, tanpa peguam, tanpa syarat,” kata Boyle.

Manusia mengetahui bumi berbentuk sfera sejak lebih 2,000 tahun lalu, dan para saintis terus mengumpul bukti kukuh yang menyokong fakta tersebut.

Ini termasuk bukti asas seperti kapal yang ‘hilang’ apabila melepasi ufuk, serta bayang bulat bumi yang jatuh ke bulan ketika gerhana bulan, hinggalah kepada bukti jelas berupa gambar-gambar dari roket dan satelit di angkasa.

Gerakan Bumi Rata moden bermula di England pada abad ke-19 oleh Samuel Rowbotham, yang menerbitkan Zetetic Astronomy pada 1849 menggunakan nama samaran Parallax, mendakwa bumi ialah cakera rata dan menubuhkan Zetetic Society.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN