Seorang pelajar maut insiden tembakan ngeri di Universiti Kentucky

Seorang pelajar maut insiden tembakan ngeri di Universiti Kentucky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFORT: Seorang pelajar maut manakala seorang lagi parah dalam satu insiden tembakan ngeri di asrama Universiti Kentucky di bandar Frankfort di Amerika Syarikat (AS).

“Tembakan berlaku sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) dan merupakan satu “insiden terpencil.

“Polis bertindak pantas terhadap insiden tersebut dan tiada ancaman keselamatan aktif di kampus itu pada masa ini,” kata Timbalan Ketua Polis Frankfort, Scott Tracy semasa sidang media.

Seorang suspek yang bukan pelajar universiti itu sudah ditahan namun pihak berkuasa belum memberikan sebarang penjelasan mengenai motif kejadian.

Polis Frankfort berkata, suspek, Jacob Lee Bard yang berasal dari Evansville, Indiana didakwa dan dibawa ke penjara atas tuduhan pembunuhan dan serangan darjah pertama berkaitan insiden tembakan itu.

Rakaman video daripada WLKY-TV di Louisville menunjukkan beberapa kenderaan polis di luar asrama serta pita kawasan jenayah di sebuah perkarangan universiti di Frankfort.

Seorang pelajar yang terkena tembakan di asrama tersebut, Whitney M. Young Jr. Hall berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil, menurut pihak universiti.

Kelas, peperiksaan akhir dan semua aktiviti kampus di universiti itu sepanjang minggu ini dibatalkan

Insiden tembakan itu merupakan yang kedua dalam tempoh empat bulan di kawasan sama universiti berkenaan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN