Seorang maut helikopter terhempas di New Jersey - Utusan Malaysia

Seorang maut helikopter terhempas di New Jersey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW JERSEY: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas dua buah helikopter bertembung sebelum terhempas dalam kemalangan di sebuah bandar di selatan negeri New Jersey.

Ketua Polis Hammonton, Kevin Friel berkata, pasukan penyelamat menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan pukul 11.25 pagi. Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan sebuah helikopter berpusing dengan pantas sebelum terhempas ke tanah.

Pasukan polis dan bomba kemudiannya memadam kebakaran yang berlaku pada satu daripada helikopter terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menyifatkan kejadian itu sebagai perlanggaran di udara antara sebuah helikopter Enstrom F-28A dan sebuah helikopter Enstrom 280C di ruang udara Lapangan Terbang Perbandaran Hammonton.

Hanya juruterbang berada di dalam setiap helikopter. Seorang juruterbang disahkan maut, manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital berdekatan dalam keadaan cedera parah dan mengancam nyawa. Rakaman dari tempat kejadian turut menunjukkan sebuah helikopter berpusing laju sebelum jatuh ke tanah.

Pemilik sebuah kafe berhampiran lokasi kejadian, Sal Silipino, berkata kedua-dua juruterbang merupakan pelanggan tetap restorannya dan sering bersarapan bersama.

Menurutnya, dia dan pelanggan lain menyaksikan helikopter-helikopter tersebut berlepas sebelum satu daripadanya mula berpusing dan menjunam, diikuti helikopter satu lagi.

FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) kini menjalankan siasatan.

Bekas penyiasat kemalangan FAA dan NTSB, Alan Diehl, berkata penyiasat berkemungkinan akan meneliti komunikasi antara kedua-dua juruterbang serta sama ada mereka dapat melihat antara satu sama lain sebelum perlanggaran berlaku. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini