Russia bukan lagi ancaman langsung kepada AS

Russia bukan lagi ancaman langsung kepada AS

HUBUNGAN Donald Trump dan Vladimir Putin ‘semakin baik’ selepas AS menyifatkan Russia bukan lagi ancaman langsung kepada negara itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Kremlin menyambut baik langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk tidak lagi melabelkan Russia sebagai ancaman langsung, sambil menyatakan strategi keselamatan nasional baharu Washington itu ‘banyak selari’ dengan pandangan Moscow.

Dalam dokumen Strategi Keselamatan Negara terbaharunya, pentadbiran Trump menggariskan pendekatan ‘realisme fleksibel’, termasuk gesaan menghidupkan semula Doktrin Monroe abad ke-19 yang menegaskan Hemisfera Barat sebagai kawasan pengaruh AS.

Strategi itu turut menggambarkan kuasa Eropah sebagai ‘semakin merosot’ serta menggariskan kepentingan Washington untuk merundingkan penghujung perang di Ukraine dan memulihkan kestabilan strategik dengan Russia.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, penyesuaian dalam strategi baharu AS itu bertepatan dalam banyak aspek dengan pandangan Russia.

Beliau juga menyifatkan komitmen AS untuk menghapuskan persepsi NATO adalah pakatan yang sentiasa berkembang sebagai satu perkembangan positif.

Sejak Russia merampas Crimea pada 2014 dan menceroboh Ukraine pada 2022, strategi keselamatan AS konsisten menggambarkan Moscow sebagai agresor yang cuba menggugat kestabilan pasca-Perang Dingin.

Namun, Peskov memberitahu agensi berita TASS, peralihan Washington ke arah kerjasama dalam isu kestabilan strategik, berbanding melabel Russia sebagai ancaman langsung adalah langkah yang disambut baik.

Hubungan Trump-Putin sebelum ini sering mencetuskan kritikan di AS, meskipun pentadbiran Trump tetap mengenakan beberapa siri sekatan terhadap Russia.

Pada masa sama, pemimpin negara Eropah terus menyuarakan kebimbangan Washington di bawah Trump semakin menjauh daripada sekutu tradisinya di benua itu yang bergantung kepada sokongan ketenteraan AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN