Roket Kemboja bedil lokasi berhampiran hospital Thailand, ratusan pesakit dipindahkan

Roket Kemboja bedil lokasi berhampiran hospital Thailand, ratusan pesakit dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tentera Thailand berkata, roket BM-21 yang dipercayai ditembak oleh pasukan Kemboja jatuh berhampiran Hospital Phanom Dong Rak di daerah Surin pada pagi Rabu, memaksa pesakit dan kakitangan hospital dipindahkan ke tempat perlindungan.

Menurut kenyataan terkini yang dikeluarkan tentera Thailand, dron, roket BM-21 dan kereta kebal turut digunakan di beberapa lagi kawasan sempadan, termasuk berhampiran kompleks kuil Preah Vihear yang menjadi pertikaian.

“Kami memusnahkan sebuah kedudukan anti-dron di selatan Chong Chom bagi menyokong operasi menghentikan serangan Kemboja di kawasan ladang mangga yang ditanam melintasi laluan operasi,” menurut kemas kini itu.

Sementara itu, tentera Kemboja mendakwa Thailand menggunakan tembakan artileri dan dron bersenjata untuk melancarkan serangan di wilayah Pursat, selain melepaskan mortar ke kawasan kediaman penduduk di wilayah Battambang.

Tentera Udara Thailand juga didakwa menceroboh ruang udara Kemboja dan menjatuhkan bom berhampiran kawasan awam.

Kedua-dua negara turut melaporkan ratusan ribu penduduk dipindahkan dari kawasan sempadan.

Setakat malam Selasa, Kementerian Pertahanan Kemboja berkata, sembilan orang awam terbunuh sejak Isnin dan 20 lagi cedera parah, manakala pihak berkuasa Thailand melaporkan empat anggota tenteranya terbunuh dan 68 cedera.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN