Perang Thailand-Kemboja: Korban orang awam meningkat - Utusan Malaysia

Perang Thailand-Kemboja: Korban orang awam meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Jumlah korban orang awam di pihak Kemboja dalam konflik sempadan yang kembali meletus dengan Thailand meningkat kepada enam, selepas tentera Thailand menembak posisi Kemboja lewat malam hingga pagi Selasa, menurut kementerian pertahanan Kemboja.

Tentera Thailand melancarkan tembakan artileri ke wilayah sempadan Banteay Meanchey selepas tengah malam, mengakibatkan kematian dua orang awam yang bergerak di Lebuhraya Nasional 56.

Menteri maklumat Kemboja, Neth Pheaktra berkata, sekurang-kurangnya empat orang awam terbunuh akibat serangan tentera Thailand pada Isnin di wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, yang turut bersempadan dengan Thailand.

Seramai 10 lagi orang awam cedera dalam insiden itu.

Tentera Thailand pula melaporkan seorang askarnya terbunuh dan 18 yang lain cedera sejak pertarungan baharu bermula pada Ahad.

Kedua-dua pihak saling menuduh pihak lawan sebagai punca pertikaian yang kembali meletus, dengan Thailand melancarkan serangan udara dan menggunakan kereta kebal pada Isnin.

Konflik itu berpunca daripada pertikaian sempadan berusia lebih seabad yang ditetapkan semasa penjajahan Perancis, dengan kedua-dua negara menuntut hak terhadap beberapa kuil sempadan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN