Perang paksa kanak-kanak Gaza jadi penyara keluarga

Perang paksa kanak-kanak Gaza jadi penyara keluarga

MOHAMMED Ashour menuang kopi kepada pelanggan di tepi jalan di Gaza. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Perang Israel memaksa kanak-kanak Palestin di Gaza termasuk seawal usia lapan tahun menanggung tanggungjawab dewasa dengan menjadi penyara keluarga, sekali gus mengorbankan pendidikan dan zaman kanak-kanak mereka.

Mohammed Ashour, 15, sepatutnya berada di sekolah bersama rakan-rakannya, tetapi sejak bapanya terbunuh dalam genosid Israel terhadap Gaza, remaja itu terpaksa bekerja menjual kopi bagi menyara ibu dan adik-beradiknya.

“Beban ini bukan milik saya, tetapi saya terpaksa lakukannya untuk keluarga,” kata Mohammed.

Ibu Mohammed, Atad Ashour berkata, mereka langsung tiada pendapatan selepas kematian suami.

Abang-abangnya gagal mendapatkan pekerjaan, menyebabkan Mohammed perlu menanggung tanggungjawab yang bukan sepatutnya dipikulnya.

Agensi bantuan di Gaza menyatakan kanak-kanak menjadi mangsa utama perang, dipaksa melakukan kerja yang sepatutnya dijalankan oleh orang dewasa, termasuk mengutip barang terbuang dan menjual kopi.

Rachel Cummings, pengarah kemanusiaan Save the Children di Gaza berkata, perpecahan keluarga akibat perang memaksa kanak-kanak menjaga adik-beradik dan ahli keluarga yang lebih tua.

“Struktur keluarga terganggu dan kanak-kanak sangat terdedah. Keadaan ini memberi kesan besar kepada mereka,” ujarnya.

Statistik menunjukkan lebih 660,000 kanak-kanak di Gaza tidak bersekolah, manakala 132,000 berisiko mengalami malnutrisi akut.

Hampir separuh daripada penduduk Gaza berumur bawah 18 tahun, menjadikan impak perang terhadap kanak-kanak sangat serius.

Sementara itu, Mohammed masih berharap dia dapat bersekolah tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN