Korea Utara kekurangan bekalan kertas untuk cetak duit, akhbar

Korea Utara kekurangan bekalan kertas untuk cetak duit, akhbar

KIM JONG-UN melawat satu daripada kilang kertas di Korea Utara. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Bagi memenu­hi keperluan negara dan ma­syarakat, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membangunkan sejumlah kilang kertas selepas republik itu berdepan kekurangan bekalan serius.

Jong-un berkata, beliau amat berpuas hati dengan usaha Institut Kejuruteraan Kertas negara itu yang merancang membangunkan kaedah dan teknologi pembuatan kertas sendiri.

Korea Utara sudah lama ber­depan kekurangan bekalan kertas akibat sekatan antarabangsa, sehingga menjejaskan pengeluaran mata wang dan akhbar.

Dalam lawatan ke projek perintis untuk memenuhi permintaan kertas peringkat wilayah, Jong-un berkata projek itu sangat penting dalam membangunkan industri pembuatan kertas gaya Korea serta memenuhi keperluan negara untuk jangka panjang.

Beliau turut dibawa melawat Kilang Kertas Unsan yang dibina selepas pemerintahannya mengarahkan semua wilayah mendirikan kilang bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan.

Selepas meninjau mesin kertas pelbagai guna, mesin tisu dan mesin pembentukan bekas kertas, beliau memuji pegawai tempatan kerana mendahului penyelesaian salah satu masalah yang paling membimbangkan Parti.

Jong-un juga memberi amaran para pegawai perlu merangka pelan khusus untuk membina kilang kertas moden di setiap wilayah dalam tempoh pelan lima tahun akan datang.

“Untuk memenuhi permintaan kertas yang amat diperlukan dalam semua bidang, termasuk sains dan teknologi, pendidikan dan kehidupan budaya, adalah penting untuk terus membangunkan kaedah dan teknologi pembuatan kertas tersendiri berdasarkan bahan mentah dalam negara.

“Semua wilayah lain perlu membincangkan dengan lebih teliti dan memutuskan pembinaan kilang kertas moden dalam tempoh pelan lima tahun akan datang, dengan mengambil pengalaman yang diperoleh Wilayah Phyongan Selatan dalam membina kilang contoh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN