Kalimantan bakal senasib dengan Sumatera

Kalimantan bakal senasib dengan Sumatera

GAMBAR dirakam NGO Auriga Nusantara menunjukkan kawasan penebangan hutan di Kalimantan Timur, Indonesia.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penebangan hutan akibat peluasan ladang kayu pulpa kini semakin mengancam Kalimantan, sekali gus mencetuskan kebimbangan berulangnya bencana banjir dan tanah runtuh seperti yang melanda Sumatera baru-baru ini.

Menurut laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar global, Trase, industri pulpa di seluruh Indonesia ‘meratakan’ lebih 13,000 hektar hutan semula jadi sepanjang 2024.

Walaupun angka itu menunjukkan penurunan dalam penebangan hutan industri pulpa selepas meningkat tiga tahun berturut-turut, laporan mendedahkan kehilangan hutan di Indonesia kini beralih dari Sumatera ke Kalimantan di Pulau Borneo.

Sebanyak 90 peratus penebangan hutan berkaitan industri pulpa dikesan berlaku di wilayah itu.

Isu kehilangan hutan di Sumatera kembali menjadi perhatian susulan banjir dan tanah runtuh yang berpunca daripada ribut taufan, menyebabkan kemusnahan besar dan meragut lebih 1,000 nyawa.

Aktivis alam sekitar menyalahkan aktiviti penebangan hutan di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat sebagai punca bencana tersebut, berikutan keupayaan tanah untuk menakung air hujan semasa cuaca ekstrem semakin berkurangan.

“Jika trend ini berterusan, tidak mustahil dalam tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang, bencana ekologi seperti yang berlaku di utara Sumatera turut boleh berlaku di Kalimantan,” kata aktivis NGO Auriga Nusantara, Hilman Afif.

Indonesia merupakan antara pengeluar pulpa utama dunia. Negara itu menghasilkan 11.3 juta tan pulpa pada 2024, iaitu hampir dua kali ganda berbanding 2015.

Industri kayu pulpa lazimnya beroperasi dengan menebang hutan semula jadi dan menggantikannya dengan ladang pokok cepat tumbuh bagi membekalkan bahan mentah kepada syarikat kayu dan kertas.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN