Israel larang pegawai tentera guna telefon Android, wajib guna iPhone - Utusan Malaysia

Israel larang pegawai tentera guna telefon Android, wajib guna iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan arahan baharu yang melarang pegawai kanan berpangkat Leftenan Kolonel dan ke atas menggunakan telefon pintar Android untuk urusan rasmi, sebaliknya mewajibkan penggunaan iPhone.

Langkah itu dibuat bagi mengurangkan risiko pencerobohan siber dan kebocoran maklumat dengan menyeragamkan sistem operasi di peringkat kepimpinan tertinggi, sekaligus memudahkan kawalan keselamatan dan kemas kini peranti.

Menurut laporan Army Radio, penilaian keselamatan mendapati peranti Android lebih terdedah kepada serangan penggodam berbanding iPhone, sekali gus menimbulkan kebimbangan keselamatan di kalangan pegawai kanan.

Antara ancaman yang dikenal pasti termasuk taktik kejuruteraan sosial seperti ‘honeypot’, di mana individu menyamar di media sosial untuk memerangkap anggota tentera memasang perisian hasad.

Sebelum ini, sekatan hanya dikenakan kepada pegawai berpangkat Kolonel ke atas, tetapi arahan terbaharu ini melibatkan ratusan pegawai kanan tambahan di IDF.

Walaupun Android masih dibenarkan untuk kegunaan peribadi, semua komunikasi rasmi kini mesti dijalankan menggunakan iPhone, bagi memastikan keselamatan maklumat sensitif tentera terjamin.

Arahan ini dikeluarkan ketika Israel berdepan ancaman siber berterusan daripada kumpulan pejuang dan negara musuh, termasuk cubaan mengakses lokasi tentera secara masa nyata melalui aplikasi mesej popular seperti WhatsApp.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN