Israel bunuh 40 pejuang Hamas dalam terowong di Gaza

Israel bunuh 40 pejuang Hamas dalam terowong di Gaza

TENTERA Israel berdiri di pintu masuk sebuah terowong di Hospital Eropah semasa lawatan media terkawal di Khan Younis di Semenanjung Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel mendakwa membunuh lebih 40 pejuang Palestin dalam tempoh seminggu menerusi operasi menyasarkan terowong berhampiran Rafah di Semenanjung Gaza.

Tentera rejim turut mengumumkan membunuh empat anggota pejuang yang muncul dari bawah tanah di bandar paling selatan wilayah itu pada waktu malam.

Berpuluh-puluh pejuang Hamas dipercayai berlindung di rangkaian terowong di selatan Gaza, di bawah kawasan yang kini dikuasai tentera Israel.

“Sepanjang 40 hari lalu, tentera memberi tumpuan kepada kawasan timur Rafah untuk melumpuhkan laluan terowong bawah tanah yang masih wujud di kawasan itu dan menghapuskan pengganas yang bersembunyi di dalamnya.

“Puluhan pintu masuk terowong dan tapak infrastruktur pengganas di atas dan bawah tanah sudah dimusnahkan di kawasan tersebut,” kata tentera dalam satu kenyataan.

Beberapa sumber memberitahu, rundingan berlangsung berhubung nasib pejuang yang masih berada dalam rangkaian terowong di selatan Gaza.

Pada Rabu, Hamas menggesa negara perantara supaya menekan Israel agar memberi laluan selamat kepada mereka dan buat pertama kali kumpulan itu secara terbuka mengakui keadaan tersebut.

Tokoh kanan Hamas di Gaza menganggarkan bilangan pejuang yang masih berada di terowong adalah antara 60 hingga 80 orang.

Gencatan senjata kekal rapuh, dengan Israel dan Hamas saling menuduh satu sama lain melanggar syarat perjanjian, sementara Semenanjung Gaza terus berada dalam krisis kemanusiaan yang memburuk.

Kementerian itu berkata, sejak gencatan senjata berkuat kuasa, 356 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan Israel.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×