Gempa bumi 6.0 magnitud gegar tenggara Taiwan

Gempa bumi 6.0 magnitud gegar tenggara Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Gempa bumi cetek 6.0 magnitud melanda tenggara Taiwan pada Rabu, menurut Kajian Geologi AS (USGS), namun tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Gempa berlaku pada pukul 5:47 petang (waktu tempatan) pada kedalaman 10 kilometer di daerah Taitung, menurut USGS.

Agensi Bomba Negara Taiwan mengesahkan setakat ini tiada kerosakan dilaporkan pada rangkaian pengangkutan di pulau itu.

Gegaran turut dirasai di utara, termasuk ibu negara Taipei di mana beberapa bangunan bergoyang.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan barang-barang di rak pasar raya jatuh dan pecah di Taitung.

Taiwan terletak di persisiran dua plat tektonik berhampiran Lingkaran Api Pasifik, menjadikannya antara kawasan paling aktif secara seismik di dunia.

Gempa besar terakhir berlaku pada April 2024, apabila gegaran berskala 7.4 melanda, mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, mencetuskan tanah runtuh, dan merosakkan bangunan di sekitar Hualien.

Ia merupakan gempa paling kuat dalam 25 tahun dan yang paling serius sejak gegaran berskala 7.6 pada 1999 yang disifatkan bencana alam paling maut dalam sejarah Taiwan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×