Fail Epstein didedah tapi banyak dokumen disunting

Fail Epstein didedah tapi banyak dokumen disunting

BEBERAPA foto bekas Presiden Demokrat, Bill Clinton, bersama Epstein, selain tokoh terkenal seperti vokalis Rolling Stones, Mick Jagger. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan fail siasatan berkaitan kes pesalah seks, Jeffrey Epstein pada Jumaat, namun pendedahan itu mencetuskan kontroversi apabila sebahagian besar dokumen disunting dan ditutup daripada tatapan umum.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memaklumkan ribuan rekod berkaitan siasatan terhadap Epstein mula diterbitkan, termasuk gambar dan dokumen yang menunjukkan hubungannya dengan individu berprofil tinggi, namun banyak maklumat penting dihitamkan dengan alasan melindungi mangsa serta siasatan berkaitan.

Antara bahan yang didedahkan ialah beberapa foto bekas Presiden Demokrat, Bill Clinton, bersama Epstein, selain tokoh terkenal lain seperti vokalis Rolling Stones, Mick Jagger.

Terdapat juga fail mengandungi puluhan imej yang ditapis menunjukkan individu separuh bogel serta gambar Epstein bersama individu lain dengan wajah dikaburkan dan senjata api kelihatan.

Satu dokumen turut memaparkan senarai 254 tukang urut yang didakwa berkaitan dengan Epstein, namun semua nama disunting sepenuhnya. Jabatan Kehakiman menegaskan penyuntingan itu dibuat bagi melindungi identiti mangsa yang berpotensi.

Pendedahan separa itu me­ngundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin Demokrat yang menuduh pentadbiran Trump cuba melindungi kepentingan politik tertentu.

Ketua Minoriti Senat, Chuck Schumer, menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu usaha menutup kebenaran.

Trump yang pernah mempunyai hubungan sosial dengan Epstein pada 1990-an, sebelum ini berjanji untuk mendedahkan sepenuhnya fail berkaitan kes itu.

Epstein meninggal dunia di dalam penjara New York pada 2019 ketika menunggu perbicaraan bagi pertuduhan pemerdagangan seks.

Bekas pasangannya, Ghislaine Maxwell, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun dan pendedahan fail ini dijangka memberi gambaran lebih jelas tentang rangkaian serta kegagalan pendakwaan dalam salah satu skandal terbesar AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN