SAPPORO: Sekurang-kurangnya 30 orang cedera selepas satu gempa bumi kuat melanda perairan utara Jepun lewat malam Isnin, sekali gus merosakkan jalan raya dan memutuskan bekalan elektrik ketika negara itu berdepan cuaca hampir beku. Gempa bermagnitud 7.5 yang berlaku pada pukul 11.15 malam waktu tempatan itu pada awalnya diukur sekuat 7.6 sebelum diturunkan oleh Agensi Meteorologi Jepun (JMA). JMA turut memberi amaran kemungkinan gegaran susulan dengan kekuatan sama atau lebih besar…










