LONDON: Para saintis memberi amaran sebahagian bahan kimia sintetik yang menjadi tunjang kepada sistem makanan global ketika ini meningkatkan kadar kanser, masalah perkembangan saraf dan ketidaksuburan serta menjejaskan asas pertanian dunia. Beban kesihatan akibat pendedahan kepada phthalates, bisphenols, racun perosak dan bahan kimia kekal dianggarkan mencecah sehingga AS$2.2 trilion (RM9.03 trilion) setahun iaitu hampir menyamai jumlah keuntungan 100 syarikat tersenarai awam terbesar dunia. Para penyelidik menyatakan kerosakan ekosistem sebahagian besarnya…










