AS terus 'buru' kapal tangki minyak berhampiran Venezuela - Utusan Malaysia

AS terus ‘buru’ kapal tangki minyak berhampiran Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) menjejaki sebuah lagi kapal tangki minyak di perairan antarabangsa berhampiran Venezuela, menjadikannya operasi ketiga seumpama itu dalam tempoh kurang dua minggu.

Menurut laporan media AS yang memetik pegawai kerajaan, kapal berkenaan dipercayai sebahagian daripada apa yang digelar sebagai “armada gelap” yang digunakan bagi mengelakkan sekatan ekonomi dikenakan ke atas Venezuela.

Pegawai AS yang enggan dinamakan berkata, kapal itu didakwa berlayar menggunakan bendera palsu dan tertakluk kepada perintah rampasan kehakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah.

“Kami sedang berusaha menjejaki sebuah kapal tangki yang disyaki terlibat dalam pengelakan sekatan terhadap Venezuela,” katanya sambil menjelaskan operasi berkenaan masih dalam peringkat pemantauan.

Beliau menambah, kapal tersebut belum dirampas secara fizikal dan tindakan yang diambil setakat ini melibatkan pemantauan dari udara dan laut.

Sebelum ini, AS telah memintas dua kapal tangki lain, termasuk sebuah kapal berbendera Panama, Centuries, yang dirampas pada Sabtu lalu dalam operasi berasingan.

Tindakan berkenaan dilihat sebagai sebahagian daripada kempen tekanan pentadbiran Presiden Donald Trump terhadap kerajaan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, khususnya dalam sektor tenaga.

Pentadbiran Trump sebelum ini mengumumkan sekatan maritim terhadap semua kapal tangki yang terlibat dalam perdagangan minyak Venezuela, namun sehingga kini pihak White House masih belum mendedahkan identiti kapal ketiga yang sedang diburu atau mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai operasi terbaharu itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN