MOSCOW: Duta khas Amerika Syarikat (AS) ke Ukraine yang bakal berundur, Keith Kellogg berkata, perjanjian untuk menamatkan perang Ukraine kini sangat hampir dicapai dan hanya bergantung kepada penyelesaian dua isu utama. Namun, Kremlin menegaskan beberapa cadangan AS memerlukan perubahan radikal. Presiden AS, Donald Trump yang sering menyatakan hasrat untuk dikenang sebagai presiden pendamai, mengakui usaha menamatkan konflik paling berdarah di Eropah sejak Perang Dunia Kedua itu kekal sebagai cabaran dasar…










