AS henti permohonan imigresen 19 negara - Utusan Malaysia

AS henti permohonan imigresen 19 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menghentikan permohonan imigresen bagi warganegara dari 19 negara termasuk Afghanistan, Yemen dan Haiti, menurut satu memorandum rasmi, menandakan perluasan tindakan keras negara itu terhadap warga asing.

Menurut memorandum itu, pihak berkuasa menghentikan pemprosesan kad hijau dan permohonan kewarganegaraan bagi individu dari negara-negara yang sudah pun tertakluk kepada sekatan perjalanan yang diumumkan Presiden, Donald Trump pada Jun lalu.

Negara-negara tersebut turut merangkumi Venezuela, Sudan dan Somalia.

Pegawai kanan AS sejak beberapa hari lalu memberi isyarat akan memperketat sekatan imigresen secara drastik, didorong oleh insiden tembakan dua anggota Pengawal Negara minggu lalu.

Suspek utama insiden itu yang mengakibatkan seorang terbunuh ialah seorang warga Afghanistan.

Lelaki itu yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh, memasuki AS semasa proses pemindahan besar-besaran ketika pengunduran pasukan asing dari Afghanistan pada 2021.

“USCIS memainkan peranan penting dalam menghalang pengganas daripada mencari perlindungan di AS serta memastikan proses saringan, semakan keselamatan dan keputusan permohonan mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan rakyat AS,” menurut memorandum itu, merujuk kepada Perkhidmatan Kewarganegaraan dan Imigresen AS.

“AS sudah menyaksikan apa yang boleh berlaku kepada rakyat apabila tiada saringan, semakan keselamatan dan keutamaan dalam pemprosesan permohonan,” sambil merujuk suspek penembak minggu lalu sebagai contoh.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN