Tujuh orang terperangkap loji janakuasa runtuh di Korea Selatan - Utusan Malaysia

Tujuh orang terperangkap loji janakuasa runtuh di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sekurang-kurangnya tujuh orang terperangkap selepas struktur sebuah loji janakuasa runtuh di pantai timur Korea Selatan.

Kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang (waktu tempatan) di ibu pejabat Korea East-West Power di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, apabila sebuah struktur besar runtuh, kata pihak berkuasa.

Agensi Bomba Negara memaklumkan dua mangsa diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh lagi hilang dan dipercayai terperangkap di lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok mengarahkan semua kementerian supaya menggerakkan semua kakitangan dan peralatan yang ada serta memberi keutamaan kepada usaha menyelamat mangsa yang terperangkap.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan bagi mengelakkan sebarang risiko lanjut.

Kemalangan itu berlaku ketika kerja-kerja persiapan untuk merobohkan loji janakuasa terma yang sudah lama tidak beroperasi dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×