WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berdepan kekacauan perjalanan besar-besaran selepas kerajaan persekutuan menggantung operasi, menyebabkan pembatalan ribuan penerbangan dan gangguan di lapangan terbang seluruh negara. Mulai Jumaat, syarikat penerbangan melaksanakan pengurangan sebanyak 10 peratus penerbangan di 40 kawasan bertrafik tinggi, selaras dengan arahan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) atas faktor keselamatan. Menurut laman penjejakan FlightAware, lebih 650 penerbangan dibatalkan lebih awal pada Khamis dan jumlah itu dijangka terus meningkat. American Airlines dalam…










