Sarang labah-labah terbesar dunia ditemukan di sempadan Albania-Greece

Sarang labah-labah terbesar dunia ditemukan di sempadan Albania-Greece

SARANG gergasi itu menjadi tempat tinggal dua spesies labah-labah. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIRANA: Sekumpulan saintis me­nemukan sarang labah-labah ter­besar di dunia yang menempat­kan lebih 110,000 ekor haiwan la­pan kaki itu di dalam sebuah gua sulfur berhampiran sempa­dan Albania–Greece, sekali gus men­cipta fenomena semula jadi yang luar biasa dan menggerunkan.

Penemuan itu dibuat di Sulphur Cave, kira-kira 50 meter dari pintu masuk gua berkenaan dan sarang gergasi yang terbentuk di sepanjang dinding laluan sempit berketinggian rendah itu dianggarkan meliputi kawasan seluas 106 meter persegi.

Jaringan sarang berlapis-lapis berbentuk corong itu menjadi tempat tinggal dua spesies labah-labah, Tegenaria domestica (labah-labah rumah) dan Prineri­gone vagans, spesies ke­cil yang gemar pada persekitaran lembap dengan ukuran hanya sekitar tiga milimeter panjang.

“Kita masih belum sepenuhnya memahami keajaiban dunia semula jadi,” kata ketua penyelidik, Prof. Madya István Urák dari Universiti Sapientia Hungarian di Transylvania, Romania kepada portal Live Science.

Penemuan tersebut mencatat sejarah sebagai kes pertama perilaku komuniti bersama melibatkan dua spesies labah-labah berlainan.

Pasukan penyelidik menganggarkan kira-kira 69,000 ekor labah-labah rumah dan lebih 42,000 ekor P. vagans berkongsi ruang dalam struktur raksasa itu disamping turut melaporkan sebahagian sarang tersebut terlalu berat hingga berisiko tertanggal daripada dinding gua akibat beban sendiri.

Dalam laporan yang diterbitkan dalam jurnal Subterranean Biology, penyelidik menjelaskan persekitaran kaya sulfur di dalam gua itu mungkin mendorong kedua-dua spesies berkoloni dalam jumlah luar biasa.

Secara kebiasaannya, labah-la­bah rumah akan memang­sa spesies lebih kecil, namun kekurangan cahaya di dalam gua dipercayai menjejaskan penglihatan mereka sebaliknya, koloni tersebut menjadikan serangga kecil seperti midge tidak menggigit sebagai sumber makanan utama.

Analisis lanjut mendapati, labah-labah yang hidup di dalam gua itu mempunyai perbezaan genetik berbanding spesies sama di luar, menunjukkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran ekstrem tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×