Britain sita tiga rangka dinosaur milik taikun Singapura

Britain sita tiga rangka dinosaur milik taikun Singapura

ANTARA rangka dinosaur milik Su Binghai yang dirampas pihak berkuasa Britain. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tiga rangka dinosaur gergasi bernilai 12.4 juta pound (RM68 juta) milik seorang ahli perniagaan Singapura disita pihak berkuasa Britain selepas dikaitkan dengan kes pengubahan wang haram bernilai 2.5 bilion pound (RM13.7 bilion).

Rangka fosil dua ekor Allosaurus dan seekor Stegosaurus berusia kira-kira 150 juta tahun itu dibeli oleh taikun Su Binghai di agensi lelong terkenal, Christie’s London, pada tahun lalu.

Menurut laporan The Times, rampasan tersebut dibuat oleh Agensi Jenayah Negara Britain (NCA) di bawah Akta Hasil Jenayah, bersama sembilan unit pangsapuri mewah di Westminster bernilai 18 juta pound (RM98 juta).

Turut dirampas ialah 11 karya seni China bernilai kira-kira 400,000 pound (RM2.2 juta), termasuk semangkuk porselin era Yongzheng bernilai 151,200 pound (RM828,617).

Kes berkenaan dibawa ke Mahkamah Tinggi London pada Rabu untuk mendakwa Binghai, syarikatnya Su Empire Limited dan isterinya.

Binghai merupakan antara individu utama dalam skandal pengubahan wang haram terbesar di Singapura yang melibatkan nilai keseluruhan 2.5 bilion pound dan menyebabkan 10 warga asing dipenjarakan serta diharamkan daripada memasuki negara itu.

Binghai dan isterinya meninggalkan Singapura pada Ogos 2023, namun beliau telah menyerahkan aset bernilai lebih 240 juta pound (RM1.3 bilion) kepada kerajaan Singapura, termasuk dua kereta mewah Rolls-Royce, serta dua Ferrari.

Mengikut perintah mahka­mah, satu per empat daripada hasil penjualan aset yang dirampas akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang dinamakan oleh Binghai sendiri dan beliau turut diarahkan membayar 343,000 pound (RM.9 juta) hasil sewaan daripada aset yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN