Tiga maut gempa bumi 5.5 Richter gegar Bangladesh - Utusan Malaysia

Tiga maut gempa bumi 5.5 Richter gegar Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut apabila gempa bumi berskala 5.5 melanda kawasan berhampiran ibu kota Dhaka, Jumaat lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Gempa bumi itu berlaku pada pukul 10.38 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Narsingdi, kira-kira 33 kilometer dari Dhaka, menurut USGS.

Gegaran gempa selama 26 saat itu mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk negara majoriti Islam dengan 170 juta rakyat yang sedang berehat pada hari cuti.

Pegawai kesihatan memaklumkan, antara yang maut termasuk seorang pelajar perubatan.

USGS turut memberi amaran kemungkinan berlaku kemalangan dan kerosakan harta benda yang signifikan akibat gempa tersebut.

Jabatan Meteorologi Bangladesh merekodkan magnitud sebenar gempa pada 5.7 dengan pusat gempa di daerah Madhabdi, Narsingdi.

Gegaran gempa turut dirasai sejauh bandar Kolkata, India, lebih 325 kilometer dari pusat gempa. Penduduk di bandar itu bergegas keluar dari rumah dan pejabat setelah gegaran berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN