MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin menegaskan draf pelan damai yang dibincangkan antara Amerika Syarikat (AS) dan Ukraine boleh dijadikan asas rundingan untuk menamatkan perang, namun mahu Kyiv menyerahkan sebahagian wilayahnya sebagai syarat utama sebarang perjanjian.
Putin berkata, Russia hanya akan menghentikan serangan jika tentera Ukraine berundur dari kawasan tertentu yang kini berada di bawah kawalan Kyiv.
“Versi pelan yang dibincangkan di Geneva antara Washington dan Kyiv sudah dikongsi dengan Moscow dan secara umum, kami bersetuju draf AS boleh menjadi asas bagi perjanjian pada masa depan.
“Kami melihat pihak AS mengambil kira pendirian kami dalam beberapa perkara. Namun dalam beberapa isu lain, jelas kami perlu duduk dan berbincang.
“Jika tentera Ukraine meninggalkan wilayah yang mereka duduki, kami akan berhenti berperang. Jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan mencapai matlamat kami secara ketenteraan,” katanya kepada wartawan ketika lawatan kerja ke Kyrgystan.
Kenyataan di mana beliau sekali lagi menggelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebagai pemimpin ‘tidak sah’ menunjukkan meskipun Rumah Putih bersikap optimis, masih tiada tanda-tanda kemajuan dalam isu-isu utama untuk menamatkan perang.
Putin berkata, Russia hanya akan menghentikan serangan jika tentera Ukraine berundur dari kawasan tertentu yang kini berada di bawah kawalan Kyiv.
“Jika tentera Ukraine meninggalkan wilayah yang mereka duduki, kami akan berhenti berperang. Jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan mencapai matlamat kami secara ketenteraan,” tegasnya.










