Syria lancar operasi banteras saki-baki IS

Syria lancar operasi banteras saki-baki IS

AHMED AL-SHARAA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Syria melancarkan operasi pencegahan di seluruh negara bagi menumpaskan sel-sel kumpulan militan IS ketika pemimpinnya, Ahmed al-Sharaa tiba di Washington untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri kepada stesen televisyen milik kerajaan, Al Ekhbariya TV, pasukan keselamatan Syria melaksanakan 61 serbuan, dengan 71 individu ditahan serta sejumlah bahan letupan dan senjata dirampas.

Serbuan itu dijalankan ketika Ahmed tiba di Washington bagi menghadiri pertemuan yang dirancang bersama Trump selepas Washington mengeluarkan namanya daripada senarai hitam keganasan dan dijangka menyertai pakatan antarabangsa diketuai AS menentang IS.

Menurut enam sumber yang rapat dengan isu berkenaan, Washington kini dalam persiapan untuk menubuhkan kehadiran ketenteraan di sebuah pangkalan udara di Damsyik bagi memudahkan pelaksanaan perjanjian keselamatan yang sedang diusahakan AS antara Syria dan Israel.

Seorang pegawai pentadbiran AS sebelum ini turut menyatakan Washington sentiasa menilai keperluan kedudukannya di Syria bagi memastikan keberkesanan usaha memerangi militan IS.

Seorang jurucakap berkata, kerajaan Sharaa sudah memenuhi beberapa tuntutan Washington, termasuk usaha mencari warga AS yang masih hilang serta menghapuskan baki senjata kimia yang ada.

Pada Khamis, Washington turut menerajui undian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membatalkan sekatan ke atas beliau.

Sejak mengambil alih kuasa, kerajaan baharu Syria berusaha menjauhkan diri daripada masa lalu yang ganas serta menampilkan imej sederhana yang lebih diterima oleh rakyat Syria dan kuasa asing.

Sharaa dijangka memohon dana antarabangsa bagi membangunkan semula Syria, yang kini berdepan cabaran besar selepas 13 tahun perang saudara yang dahsyat.

Pada Oktober lalu, Bank Dunia menganggarkan kos pemulihan semula Syria pada sekitar AS$216 bilion (RM902 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN