Saintis Sweden mahu hidupkan kembali gajah purba

Saintis Sweden mahu hidupkan kembali gajah purba

SAINTIS Sweden berjaya mengekstrak RNA daripada spesimen gajah purba yang dikenali sebagai Yuka. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Usaha saintis untuk mengembalikan gajah purba atau mammoth semakin hampir selepas mereka mencatat kemajuan penting dalam penyelidikan genetik apabila berjaya mengekstrak asid Ribonukleik (RNA) daripada spesimen berusia 39,000 tahun.

Penemuan itu diumumkan penyelidik dari Sweden yang mengekstrak RNA gajah purba dalam permafrost Siberia, sekali gus membuka ruang baharu untuk memahami biologi gergasi pupus tersebut.

RNA merupakan molekul penting dalam semua makhluk hidup yang menukarkan arahan DNA kepada tindakan sebenar badan, termasuk pembinaan otot dan pertumbuhan rambut.

Jika DNA berfungsi sebagai stor maklumat, RNA pula bertindak sebagai pengurus operasi bagi memastikan arahan itu dilaksanakan sepenuhnya.

Selama ini, usaha menghidupkan semula spesies pupus memberi tumpuan kepada DNA. Namun RNA menawarkan gambaran lebih dinamik mengenai bagaimana haiwan purba hidup dan berfungsi, walaupun saintis sebelum ini percaya RNA terlalu mudah rosak untuk kekal dalam spesimen purba.

Pasukan dari Universiti Stockholm berjaya mengekstrak RNA berkualiti tinggi daripada 10 tinggalan gajah purba, dengan satu daripadanya dikenali sebagai Yuka memberikan hasil paling signifikan.

RNA Yuka, yang usianya lebih dua kali ganda rekod terdahulu, membolehkan penyelidik meneliti gen yang aktif dalam otot haiwan itu.

Penemuan ini memberi gambaran lebih jelas mengenai metabolisme dan fungsi biologi gajah purba, sekali gus memperkukuh pemahaman saintifik mengenai spesies legenda tersebut.

Ketua penyelidik, Dr Emilio Mármol Sánchez, berkata kejayaan berkenaan membuka jalan kepada pemahaman lebih mendalam tentang biologi gajah purba dan boleh menjadi asas kepada usaha masa depan bagi menghidupkan semula spesies itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN