LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menegaskan beliau masih mengetuai ‘Kabinet yang kukuh’, selepas timbul khabar angin mengenai beberapa menteri dalam kerajaan merancang untuk menyingkirkannya. Kenyataan Starmer dibuat selepas sumber daripada Downing Street menyatakan pemimpin Britain itu akan menangkis sebarang cabaran kepimpinan, berikutan taklimat sulit mendedahkan ketegangan dalam kerajaan yang sedang bergolak. Spekulasi itu muncul menjelang pembentangan belanjawan bulan ini, yang dijangka menyaksikan Parti Buruh melanggar beberapa janji manifesto. “Ini…










