WELLINGTON: New Zealand merancang membasmi kucing liar menjelang 2050, sekali gus mengulangi hasrat yang pernah mencetuskan tentangan hebat daripada aktivis hak haiwan sedekad lalu. Menteri Pemuliharaan, Tama Potaka, pada Jumaat mengumumkan kucing liar kini dimasukkan ke dalam strategi Predator-Free 2050, kali pertama spesies pemangsa baharu ditambah sejak dasar itu diperkenalkan pada 2016. Walaupun kucing liar sudah pun ditangkap dan dimusnahkan di beberapa kawasan, spesies yang berada dalam senarai strategi tersebut…










