Netanyahu ikrar terus gempur Hamas, Hezbollah - Utusan Malaysia

Netanyahu ikrar terus gempur Hamas, Hezbollah

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad menegaskan Israel akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk menghalang Hezbollah daripada kembali membina kekuatan di Lubnan dan Hamas daripada berbuat demikian di Gaza.

Dalam tempoh seminggu lalu, Israel melancarkan beberapa serangan terhadap sasaran di Lubnan, dengan tentera Israel pada Sabtu berkata pihaknya menyerang pelancar roket serta tapak ketenteraan Hezbollah.

Di Gaza, agensi pertahanan awam memaklumkan seramai 21 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam beberapa serangan udara Israel pada Sabtu, ketika Hamas dan Israel saling menuduh melanggar gencatan senjata rapuh yang dikuatkuasakan sejak 10 Oktober lalu.

“Kami terus menyerang keganasan di beberapa medan.

“Pada hujung minggu ini, tentera Israel (IDF) menyerang di Lubnan, dan kami akan meneruskan segala tindakan yang perlu untuk menghalang Hezbollah daripada memulihkan keupayaan ancamannya terhadap kami.

“Inilah juga yang kami lakukan di Gaza. Sejak gencatan senjata berkuat kuasa, Hamas tidak berhenti melanggarnya, dan kami bertindak sewajarnya,” kata Netanyahu.

Sabtu merupakan antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata antara Israel dan Hamas mula berkuat kuasa selepas dua tahun perang.

Netanyahu mendakwa Hamas melakukan beberapa cubaan untuk menyusup melintasi garis kuning bagi mencederakan askar rejim Zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN