Nama Trump terus dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral Epstein - Utusan Malaysia

Nama Trump terus dikaitkan dengan aktiviti tidak bermoral Epstein

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa emel baharu yang didedahkan oleh Parti Demokrat pada Rabu mendakwa pesalah seksual, mendiang Jeffrey Epstein pernah menulis Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengetahui tentang aktiviti penderaan seksualnya serta menghabiskan masa berjam-jam bersama seorang daripda mangsa di kediamannya.

Namun, Trump menafikan sekeras-kerasnya sebarang pengetahuan atau penglibatan dalam kegiatan pemerdagangan seks yang dikaitkan dengan bekas rakannya itu.

Epstein meninggal dunia akibat bunuh diri pada 2019 ketika dalam tahanan menunggu perbicaraan. Trump menuduh Demokrat cuba “mengalih perhatian” daripada kelemahan mereka sendiri.

Pendedahan terbaharu itu menambah tekanan terhadap Trump apabila Jawatankuasa Pemantauan Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat menyifatkan tiga emel baharu tersebut “menimbulkan persoalan serius mengenai pengetahuan Trump terhadap jenayah ngeri Epstein.”

Satu daripada emel bertarikh April 2011 menunjukkan Epstein menulis kepada rakan karibnya, Ghislaine Maxwell mengenai Trump “menghabiskan masa berjam-jam” bersama Virginia Giuffre, wanita yang kemudian dikenali sebagai mangsa utama Epstein.

Dalam mesej itu, Epstein menulis: “Saya mahu kamu sedar anjing yang tidak menyalak itu ialah Trump.” Maxwell membalas: “Saya juga memikirkan tentang hal itu…”

Dalam satu lagi emel bertarikh Januari 2019 kepada penulis Michael Wolff, Epstein didakwa menulis: “Sudah tentu dia tahu tentang gadis-gadis itu kerana dia pernah meminta Ghislaine supaya berhenti.”

Republikan kemudiannya mendedahkan ribuan emel selepas Demokrat memaksa waris Epstein menyerahkan dokumen berkenaan, termasuk satu emel di mana Epstein memanggil Trump “kotor.”

Pada hari sama, seorang wakil rakyat Demokrat yang baru mengangkat sumpah turut menandatangani petisyen bagi mendesak pengundian untuk mendedahkan sepenuhnya fail kes Epstein.

Langkah itu memberi tekanan baharu kepada Trump selepas Rumah Putih menuduh Demokrat “memutar naratif palsu” untuk menjatuhkan presiden.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, mendakwa Demokrat sengaja menapis kandungan emel bagi memburukkan Trump. Beliau juga memetik kenyataan Giuffre yang sebelum kematiannya pada April lalu menyatakan Trump “sangat mesra” dalam pertemuan singkat mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN