BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menggantung tugas seorang ketua penjara di Bangkok susulan dakwaan tahanan berprofil tinggi dari China diberikan akses kepada wanita dalam sel khas serta menerima pelbagai kemudahan istimewa, menurut Kementerian Kehakiman negara itu. Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Kehakiman memaklumkan komander penjara dan setiausahanya serta seorang pegawai kanan jabatan pemulihan digantung tugas bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Menterinya, Rutthapon Naowarat berkata, kes membabitkan pegawai penjara yang didakwa…










