Kemusnahan Terumbu Karang Besar Australia boleh dipulihkan?

Kemusnahan Terumbu Karang Besar Australia boleh dipulihkan?

KAWASAN terumbu karang di Australia boleh pulih semula sekiranya pemanasan global dapat dikekang di bawah dua darjah Celsius. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Terumbu Karang Besar Australia dijangka mengalami kemerosotan pesat sehingga tahun 2050, namun berpotensi pulih semula sekiranya pemanasan global dapat dikekang di bawah paras dua darjah Celsius.

Penemuan terbaharu itu bercanggah dengan pandangan umum mengenai kemerosotan terumbu karang akan menjadi tidak dapat dipulihkan sebaik suhu global meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius manakala sebuah laporan pada bulan lalu turut mendakwa terumbu karang tropika dunia sudah pun mencapai titik kritikal kemerosotan jangka panjang.

Bagaimanapun, para saintis memberi amaran keupayaan semula jadi terumbu karang untuk menyesuaikan diri terhadap peningkatan suhu tidak akan mampu menampung perubahan apabila suhu global mencecah dua darjah Celsius.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dasar semasa di seluruh dunia bagi menangani pelepasan gas rumah hijau yang sebahagian besarnya berpunca daripada pembakaran bahan api fosil dan kini meletakkan bumi di landasan menuju pemanasan global sekitar 2.8 darjah Celsius menjelang akhir abad ini.

“Jika kita terus berada di landasan ini, masa depan bagi terumbu karang amat suram,” kata Profesor Peter Mumby, seorang daripada pengarang utama kajian tersebut dari Universiti Queensland.

Panel Iklim PBB sebelum ini melaporkan pada paras pemanasan 1.5 darjah Celsius, terumbu karang dijangka merosot antara 70 hingga 90 peratus, manakala pada dua darjah Celsius hampir keseluruhannya akan musnah.

Terumbu karang merupakan antara ekosistem paling terdedah terhadap pemanasan global dimana peningkatan suhu laut menyebabkan fenomena pemutihan karang apabila karang mengusir alga yang memberi warna dan sumber nutrien utama mereka, sekali gus melemahkan atau membunuhnya.

Menurut Mumby, kebanyakan ramalan terdahulu mengenai masa depan terumbu karang hanya menumpukan kepada kesan haba tanpa mengambil kira keupayaan sesetengah karang menyesuaikan diri dengan suhu yang lebih tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN