TEHERAN: Kematian seorang pemuda Iran yang sebelum ini merakam dirinya membakar gambar Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, mencetuskan pertikaian hebat antara media rasmi kerajaan dan kumpulan aktivis mengenai punca sebenar kematiannya. Portal berita tempatan yang dikawal kerajaan melaporkan, pemuda berkenaan, Omid Sarlak, berusia sekitar 20-an, ditemui mati dalam keretanya di wilayah barat Iran pada Sabtu dengan kesan tembakan di kepala serta kesan serbuk belerang pada tangannya. Polis Iran mendakwa…










