Jambatan stesen janakuasa di China runtuh 

Jambatan stesen janakuasa di China runtuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah jambatan di Stesen Janakuasa Hidro Shuangjiangkou di barat daya China runtuh pada Selasa.

Seorang pegawai dari Daerah Barkam, wilayah Sichuan, memberitahu Global Times, Jambatan Hongqi di stesen itu runtuh pada petang semalam, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Video yang tular dalam talian menunjukkan struktur jambatan terjatuh ke dalam sungai, menghasilkan awan debu yang besar.

Pegawai, yang enggan dinamakan, berkata semasa rondaan pada Isnin, kakitangan berkaitan mengesan retakan pada permukaan jalan di hujung jambatan serta cerun, dan mengenakan kawalan lalu lintas.

Jabatan yang berkaitan dihantar ke lokasi untuk siasatan lanjut, dan tiada mangsa dilaporkan setakat ini.

Satu kenyataan yang diterbitkan di akaun rasmi WeChat kerajaan tempatan memaklumkan, sebahagian Jambatan Hongqi dikenakan sekatan lalu lintas sementara sejak Isnin atas faktor keselamatan.

China Central Television (CCTV) turut melaporkan, memetik maklumat daripada biro pengangkutan dan keselamatan awam tempatan pada Isnin, tanda-tanda perubahan bentuk dikesan pada cerun bukit di tebing kanan Jambatan Hongqi.

Laporan CCTV menambah, apabila perubahan bentuk dan ketidakstabilan cerun semakin teruk, tapak jalan dan jambatan pendekatan di kawasan tersebut runtuh.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×