Imej anjing selamatkan kucing ketika banjir rupanya AI

Imej anjing selamatkan kucing ketika banjir rupanya AI

IMEJ kucing dan anjing dalam banjir di Songkhla adalah AI. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pakar mengesahkan imej seekor anjing menyelamatkan kucing ketika banjir di selatan Thailand yang tular di media sosial dan meraih jutaan tontonan adalah kecerdasan buatan (AI).

Seorang pakar memberitahu BBC Verify, tiga imej tersebut yang menunjukkan anjing menggonggong kucing dalam banjir, menghampiri bot penyelamat dan berada di atas bot berkemungkinan besar dimanipulasi menggunakan AI.

Beberapa petunjuk mengesahkan perkara itu, termasuk hasil analisis BBC Verify menggunakan SynthID Detector, alat pengesan AI yang dibangunkan Google. Alat tersebut membuat kesimpulan dengan keyakinan amat tinggi ketiga-tiga imej itu dihasilkan melalui Google AI.

Terdapat juga kejanggalan pada masa imej yang menunjukkan gambar dirakam di wilayah Songkhla pada 22 November sekitar pukul 8 malam waktu tempatan.

Namun pada waktu tersebut, matahari sudah terbenam, menjadikan masa itu tidak munasabah memandangkan imej kelihatan dirakam dalam keadaan terang.

Dalam foto yang memaparkan kedua-dua haiwan berada di atas bot, bulu dan kaki belakang kucing kelihatan seolah-olah bercantum dengan kaki hadapan kanan anjing, satu kecacatan visual yang lazim ditemui dalam imej janaan AI.

Pakar sains komputer dari University College London, Dr Peter Bentley, berkata imej haiwan di atas bot itu menunjukkan tanda-tanda manipulasi oleh AI generatif.

“Pencahayaan pada kepala kucing juga tidak konsisten dengan kedudukannya di bawah tuala, mencadangkan foto kucing mungkin telah ditambah kemudian dan digabungkan menggunakan AI,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×