GPS bermasalah, lelaki tersesat sejauh 1,500 kilometer

GPS bermasalah, lelaki tersesat sejauh 1,500 kilometer

SEORANG lelaki warga emas dari Perancis tersesat sehingga 1,500km ke negara lain selepas mendakwa sistem GPS yang digunakannya mengalami masalah. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang lelaki berusia 85 tahun dari Châtillon-sur-Thouet, barat Perancis sepatutnya memandu ke klinik yang berjarak hanya 19 kilometer (km) dari rumahnya sebelum
tersesat sehingga 1,500km ke negara lain dan berakhir di Croatia.

Lelaki warga emas itu tidak pernah sampai ke klinik yang terletak di Airvault, namun keluarganya mula bimbang apabila dia tidak hadir ke mesyuarat sebuah persatuan yang dianggotainya.

Polis kemudian dihubungi mengenai kehilangannya sebelum pihak berkuasa meminta bantuan tentera untuk mengesan lokasi telefon bimbit lelaki berkenaan.

Keluarganya bimbang sesuatu buruk sudah berlaku, namun mereka tidak pernah menjangka jawapan yang diterima daripada pihak berkuasa.

Tentera berjaya mengesan telefon lelaki itu di sebuah hotel di Croatia, sejauh 1,500 km dari rumahnya.

Dia dipercayai memandu selama 20 jam, melalui Itali sebelum tiba di negara Eropah Selatan itu.

Ketika ditanya mengapa dia boleh tersasar sejauh itu, lelaki itu berkata dia tidak faham apa yang berlaku dan mendakwa perjalanan tersebut berpunca daripada masalah Sistem Penentududukan Sejagat (GPS).

Menurut Ici Poitou, meskipun usianya lanjut, lelaki itu tidak pernah dikenal pasti mengalami masalah kognitif atau disorientasi.

Keluarganya dilaporkan sudah berlepas ke Croatia untuk membawanya pulang. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×