DHAKA: Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan Bangladesh pagi tadi, namun tiada laporan kemalangan jiwa diterima setakat ini. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran berlaku pukul 10.38 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Narsingdi, kira-kira 33 kilometer dari Dhaka yang terkenal sebagai antara kota terpadat di dunia. Sistem PAGER milik USGS, yang menilai impak awal bencana, mengunjurkan potensi berlakunya ‘kemalangan jiwa dan kerosakan yang signifikan’. Jabatan Meteorologi Bangladesh melaporkan magnitud…










