Filipina bakal dibadai taufan baharu, sebesar negara itu - Utusan Malaysia

Filipina bakal dibadai taufan baharu, sebesar negara itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina kini berdepan ancaman besar apabila Taufan Uwan (nama antarabangsa Fung Wong), yang diibaratkan sebesar negara itu sendiri semakin menguat dan dijangka menghentam utara Luzon dalam masa terdekat.

Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Sabtu mengumumkan semua agensi kerajaan berkaitan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya, susulan amaran terkini mengenai kekuatan luar biasa taufan berkenaan.

“Kami terus memantau pengukuhan Taufan Uwan ketika ia menghampiri utara Luzon. Semua agensi kerajaan kini dalam keadaan siap siaga penuh bagi memastikan keselamatan rakyat,” kata Marcos dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa rakyat kekal tenang tetapi berwaspada, serta mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan (LGU) dan jabatan meteorologi.

Setakat pagi Sabtu, Taufan Uwan dikesan 680 kilometer di timur Borongan, Eastern Samar, atau 760 kilometer di timur Catarman, Northern Samar, bergerak ke arah barat pada kelajuan 35 kilometer sejam.

Ia membawa kelajuan angin maksimum 140 kilometer sejam berhampiran pusat ribut, dengan tiupan kencang mencecah 170 kilometer sejam, cukup kuat untuk menyebabkan kerosakan besar di kawasan yang terjejas.

Kerajaan Filipina kini bersiap sedia menghadapi taufan berskala luar biasa, yang berpotensi menjejaskan sebahagian besar wilayah utara negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN