Dua kapal tangki terbakar di Laut Hitam, operasi SAR dilancarkan

Dua kapal tangki terbakar di Laut Hitam, operasi SAR dilancarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Dua kapal tangki terbakar di Laut Hitam, memaksa pihak berkuasa Turkiye melancarkan operasi menyelamat (SAR) pada Jumaat. Semua anak kapal di kedua-dua kapal dilaporkan selamat.

Kapal pertama, Kairos yang berdaftar di Gambia, terbakar kira-kira 45 kilometer dari pantai wilayah Kocaeli, Turkiye

Pihak berkuasa laut menyalahkan kebakaran itu akibat “impak luaran” tanpa menjelaskan butiran lanjut. Kairos dilaporkan belayar menuju pelabuhan Novorossiysk di Russia.

Kira-kira sejam kemudian, kapal kedua, Virat, turut “dilanggar” ketika belayar 35 batu nautika dari pantai Turkiye.

Semua 20 anak kapal selamat, walaupun terdapat asap tebal di ruang enjin.

Manakala kesemua 25 anak kapal Kairos berjaya dievakuasi, manakala usaha memadam kebakaran masih diteruskan.

Gabenor Kocaeli, Ilhami Aktas, berkata pihak berkuasa belum mengulas punca kebakaran termasuk kemungkinan terkena ranjau laut, tetapi kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.

Beberapa imej asap dilaporkan dari lokasi kebakaran Kairos.

Kedua-dua kapal terbabit dikategorikan sebagai “shadow fleet” atau kapal tangki yang digunakan untuk mengelak sekatan antarabangsa terhadap Rusia selepas pencerobohan 2022.

Virat disekat oleh Amerika Syarikat pada Januari lalu, diikuti Kesatuan Eropah, Switzerland, United Kingdom dan Kanada, manakala Kairos disekat EU pada Julai, diikuti UK dan Switzerland.

Menurut OpenSanctions, kedua-dua kapal ini mengunjungi pelabuhan Russia dan menggunakan sistem pengenalan automatik yang dimatikan untuk menyembunyikan kedudukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN