BRUSSELS: Satu siasatan bersama beberapa media utama Eropah mendedahkan ratusan juta data lokasi telefon bimbit di Belgium, termasuk milik kakitangan institusi Kesatuan Eropah (EU), ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta pangkalan tentera, telah dijual kepada broker data. Laporan penyiasatan oleh L’Echo, Le Monde, penyiar awam Jerman BR dan ARD, Netzpolitik.org, serta BNR Nieuwsradio mendapati beberapa aplikasi mudah alih yang mengumpul data lokasi pengguna telah membenarkan maklumat tersebut dijual…










