BEIJING: China meluaskan akses permit kemasukan bagi memudahkan penduduk Taiwan melawat tanah besar sekali gus menambah jumlah lokasi permohonan di pintu masuk negara itu, meskipun ketegangan rentas Selat masih berterusan. Berkuat kuasa semalam, penduduk Taiwan kini boleh mendapatkan permit sekali masuk itu di 100 pusat pemeriksaan, meningkat daripada 58 sebelum ini. Senarai baharu itu turut meliputi pintu masuk darat, udara, rel dan laut, termasuk Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macau, Kashgar dan Khorgas…










