BRASILIA: Bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, mendakwa beliau ‘berhalusinasi’ yang berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan sehingga menyebabkannya mengubah suai alat pengesan elektronik ketika berada dalam tahanan rumah atas cubaan rampasan kuasa. Dalam prosiding reman secara dalam talian pada Ahad, sehari selepas beliau ditahan berhubung insiden tersebut, Bolsonaro memberitahu seorang hakim Mahkamah Agung gabungan mengenai ubat-ubatan yang diberikan oleh beberapa doktor telah menimbulkan ‘paranoia’ sehingga mendorongnya mengambil alat pemateri untuk menanggalkan bahagian…










