HONG KONG: Kebakaran besar yang memusnahkan tujuh daripada lapan blok pangsapuri setinggi 31 tingkat di Tai Po, Hong Kong sejak petang Rabu menyaksikan angka korban meningkat 83 orang. Api yang belum padam sepenuhnya menyebabkan penduduk berhimpun di pusat perlindungan sementara bagi mendapatkan perkembangan mengenai ahli keluarga mereka. Bunyi perancah buluh meletup dan terbakar, diikuti kepulan asap hitam menjulang tinggi, menambah suasana cemas di kawasan berkenaan. Penduduk setempat berkata, api merebak…










