Banjir: UnIPSAS tawar calon SPM kolej kediaman

Banjir: UnIPSAS tawar calon SPM kolej kediaman

MOHD. ZAWAVI Zainal Abidin (kanan) mengiringi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP), Ahmad Zamri Md. Isa meninjau dewan peperiksaan di UnIPSAS di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Selain menyediakan kemudahan dewan peperiksaan, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) menawarkan kolej kediaman kepada calon persendirian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) luar dari daerah ini.

Naib Canselor UnIPSAS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Zawavi Zainal Abidin berkata, universiti itu mempunyai lebih 1,000 bilik asrama untuk calon SPM tinggal sepanjang peperiksaan tersebut berjalan.

“Kami memiliki lebih 1,000 bilik (asrama) dan kebetulan semasa peperiksaan SPM, pelajar kita tengah cuti semester. Untuk memudahkan mereka, boleh mohon tinggal di asrama sepanjang peperiksaan berjalan.

“Tujuan utama adalah memastikan setiap calon dapat mengambil peperiksaan dan sampai ke dewan tepat pada masanya.

“Sekarang pun sudah mula musim tengkujuh, hujan dan mungkin berlaku banjir. Jika keadaan ini berlaku, ada laluan terputus. Jadi, mereka tinggal di asrama dan jarak untuk ke dewan pun dekat, memudahkan per­gerakan mereka,” katanya ketika ditemui di UnIPSAS di sini semalam.

Mohd. Zawavi berkata, kemudahan disediakan itu adalah sebahagian sumbangan universiti ke­pa­da masyarakat bagi memastikan calon per­sendirian menduduki peperiksaan dalam keadaan selesa.

Beliau berkata, untuk jangka panjang, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) bagi menawarkan dewan di institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut untuk calon persendirian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Bagaimanapun, pe­lak­sanaannya bergantung kepada kelulusan Lem­baga Peperiksaan Malaysia (LPM),” jelas­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN