200 wanita gagal kawal kencing semasa temu duga kerja

200 wanita gagal kawal kencing semasa temu duga kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang pegawai kanan kerajaan Perancis didakwa menganiaya lebih 200 wanita ketika sesi temu duga kerja dengan meletakkan bahan diuretik kuat ke dalam minuman mereka sehingga mangsa tidak dapat mengawal pundi kencing.

Christian Nègre yang pernah memegang jawatan tinggi di Kementerian Kebudayaan Perancis, kini disiasat secara rasmi bagi dakwaan mencampurkan bahan tersebut ke dalam kopi dan teh sebelum membawa calon berjalan jauh untuk sesi temu duga, mengetahui ubat itu akan menyebabkan mereka tiba-tiba mahu ke tandas.

Polis berkata, mereka menemukan satu hamparan elektronik bertajuk Experiments yang didakwa mengandungi tarikh, dos dan reaksi wanita yang hadir untuk memohon jawatan kerajaan.

Ramai mangsa melaporkan menggigil, pening, rasa terhina dan dalam beberapa kes terpaksa membuang air kecil di tempat awam atau terkencing dalam seluar.

Seorang daripada mangsa, pakar pemasaran Sylvie Delezenne ke Paris pada 2015 dengan harapan mendapat pekerjaan idaman.

Sebaliknya, dia dipaksa berjalan sekitar taman Tuileries dalam keadaan semakin lemah sambil merayu untuk ke tandas.

Dia akhirnya terpaksa membuang air kecil berhampiran sebuah terowong sementara Nègre ‘melindunginya’ dengan jaket. Kejadian itu disifatkannya amat memalukan.

Seorang lagi calon, Anaïs de Vos, mengimbas kembali detik Nègre memandang tepat ke matanya sebelum bertanya secara aneh sama ada dia perlu ke tandas sebelum menghalangnya dari berbuat demikian.

Dia kemudian terkencing pada pakaiannya ketika menaiki tangga sebuah kafe.

Dakwaan terhadap Nègre mula terbongkar pada 2018 selepas seorang rakan sekerja melaporkannya kerana cuba merakam gambar kaki seorang pegawai kanan.

Siasatan polis kemudiannya menemukan bukti berhubung corak penyalahgunaan menggunakan bahan kimia, satu bentuk serangan yang semakin mendapat perhatian nasional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN