Turkiye buru jet pejuang Barat hadapi ancaman Israel

Turkiye buru jet pejuang Barat hadapi ancaman Israel

KIZILELMA, pesawat pejuang tanpa pemandu Turkiye dipamerkan di atas dek kapal pendarat amfibia TCG Anadolu semasa acara Teknofest di Istanbul. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Turkiye berusaha mendapatkan jet pejuang canggih daripada rakan Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk memperkukuh kekuatan udara negara dan mengimbangi dominasi tentera udara Israel di rantau berkenaan.

Sebagai anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan angkatan tentera kedua terbesar dalam pakatan itu, Ankara dilaporkan mahu memanfaat hubungan baiknya dengan Barat untuk mempercepatkan rundingan pembelian 40 jet Eurofighter Typhoon, selain memperoleh F-35 buatan AS walaupun masih tertakluk kepada sekatan Washington.

Langkah itu dibuat selepas beberapa siri serangan udara Israel, yang mempunyai ratusan jet F-15, F-16 dan F-35, terhadap negara jiran Turkiye, termasuk Iran, Syria, Lubnan serta Qatar sejak tahun lalu.

Kejadian tersebut mendedahkan kelemahan pertahanan udara Turkiye, sekali gus mendorong kerajaan mempercepat usaha menambah keupayaan tempur bagi mengelak sebarang ancaman pada masa hadapan.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, terus mengkritik keras serangan Israel terhadap Gaza dan beberapa kawasan lain di Asia Barat, sekali gus menambahkan ketegangan hubungan dua hala yang kini berada pada tahap paling rendah dalam tempoh beberapa dekad.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula memberi amaran pangkalan tentera Turkiye, sekutu pemberontaknya, serta sokongan Ankara terhadap tentera di Syria merupakan ancaman kepada keselamatan Israel.

Dalam masa sama, Greece, musuh tradisi Turkiye yang juga anggota NATO, dijangka menerima jet pejuang F-35 baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Sebelum ini, jet tentera kedua-dua negara pernah terlibat dalam beberapa insiden pertempuran udara di Laut Aegean, dan Athens kini menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan ketenteraan Ankara yang semakin agresif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN