Trump terus desak Ukraine serah wilayah kepada Russia

Trump terus desak Ukraine serah wilayah kepada Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggesa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky supaya menyerahkan sebahagian wilayah kepada Russia dalam satu pertemuan tertutup yang berlangsung Jumaat lalu.

Cadangan itu mencetuskan kekecewaan dalam kalangan delegasi Ukraine yang hadir, menurut tiga sumber diplomatik yang mengetahui perbincangan tersebut.

Trump juga menolak permintaan Ukraine untuk mendapatkan peluru berpandu jarak jauh Tomahawk dan menyuarakan cadangan jaminan keselamatan kepada kedua-dua pihak iaitu Kyiv dan Moscow, satu cadangan yang dianggap mengelirukan oleh wakil Ukraine.

Sumber berkata, Trump kemudian mencadangkan satu gencatan senjata diumumkan di sepanjang garisan hadapan semasa.

Zelensky menyokong cadangan tersebut dalam kenyataan kepada media, walaupun sebelum itu menolak keras sebarang penyerahan wilayah kepada Russia.

Menurut sumber ketiga, cadangan ‘gencatan di garisan sempadan’ itu timbul selepas Trump gagal meyakinkan Zelensky untuk mengalah.

Pertemuan tersebut dikatakan berakhir dengan kesepakatan longgar untuk meneruskan perbincangan lanjut dalam masa terdekat.

Delegasi AS turut membangkitkan semula idea pertukaran wilayah iaitu menyerahkan Donetsk dan Luhansk kepada Russia sebagai balasan untuk bahagian kecil wilayah Zaporizhzhia dan Kherson.

Cadangan itu dikatakan selari dengan hasil perbualan telefon antara Trump dan Presiden Russia Vladimir Putin sehari sebelumnya.

Ukraine mmendakwa menyerahkan Donetsk serta Luhansk akan menjadikan negara mereka terdedah kepada pencerobohan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN