Mikroorganisma purba hidup semula selepas 40,000 tahun beku

Mikroorganisma purba hidup semula selepas 40,000 tahun beku

MIKROORGANISMA purba yang dihidupkan semula berpotensi cetuskan pandemik penyakit baharu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Sekumpulan saintis dari Universiti Colorado Boulder berjaya menghidupkan semula mikroorganisma purba yang beku selama kira-kira 40,000 tahun di Alaska.

Mikroorganisma halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini ditemui terperangkap di dalam ‘permafrost’, iaitu lapisan bumi beku yang terdiri daripada tanah, batu dan ais.

Dalam eksperimen terkawal, para penyelidik mendapati apabila permafrost dicairkan, mikroorganisma tersebut tidak serta-merta aktif. Namun selepas beberapa bulan, ia mula ‘terjaga’ dan membentuk koloni baharu yang hidup subur, seolah-olah bangun daripada tidur panjang ribuan tahun.

Para saintis memberi amaran mikroorganisma ini berpotensi melepaskan patogen berbahaya yang boleh mencetuskan pandemik baharu di masa hadapan.

“Sampel ini bukanlah mati sepenuhnya,” kata Dr Tristan Caro, ahli geologi dari Universiti Colorado Boulder yang mengetuai kajian tersebut.

Selain risiko biologi, kebangkitan semula mikroorganisma ini juga menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida, gas rumah hijau yang mempercepatkan pemanasan global.

Untuk menjalankan kajian ini, pasukan penyelidik berkunjung ke Terowong Penyelidikan Permafrost berhampiran Fairbanks, Alaska, sebuah laluan bawah tanah yang dibina sejak 1960-an untuk tujuan penyelidikan perubahan iklim.

Dikenali sebagai ‘tanah perkuburan ais’, permafrost menutupi hampir satu perempat kawasan di hemisfera utara.

Dari dinding terowong itu, pasukan mengumpul sampel permafrost berusia antara beberapa ribu hingga puluhan ribu tahun.

Sampel tersebut kemudian ditambah air dan dibiakkan pada suhu tiga dan 12 darjah Celsius iaitu sejuk bagi manusia, namun cukup ‘hangat’ untuk membangkitkan semula kehidupan mikroskopik dari zaman purba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN