Lapangan terbang LA berfungsi tanpa kawalan trafik udara

Lapangan terbang LA berfungsi tanpa kawalan trafik udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sebuah la­pangan terbang utama di California beroperasi tanpa pengawal trafik udara pada malam Isnin ketika krisis penutupan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) memasuki minggu kedua.

Gabenor Gavin Newsom mendedahkan Lapangan Terbang Hollywood Burbank yang menghubungkan Los Angeles dengan bandar-bandar lain di seluruh negara, tidak mempunyai kakitangan kawalan trafik udara dari pukul 4.15 petang hingga 10 malam.

“Terima kasih @realDonaldTrump! Burbank Airport tiada pengawal trafik udara kerana penutupan kerajaan oleh ANDA,” tulis Newsom di platform X.

Pentadbiran Penerba­ngan Persekutuan (FAA) mengesahkan kelewatan purata sekitar dua setengah jam bagi penerbangan masuk ke lapangan terbang itu.

Laporan ABC7 pula memetik kakitangan la­pangan terbang yang mengesahkan menara kawalan akan dikendalikan dari jauh oleh pasukan di San Diego. Pasukan ini akan berhubung terus dengan juruterbang bagi semua pendaratan dan pelepasan pesawat.

Jurucakap lapangan terbang memaklumkan operasi masih diteruskan, namun penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing berhubung sebarang ke­lewatan atau pembatalan sebelum tiba di lapangan terbang.

Penutupan kerajaan ini berlaku susulan kegagalan rundingan antara Parti Republikan pimpinan Donald Trump dan Parti Demokrat mengenai pembiayaan fungsi asas kerajaan.

Penganalisis politik memberi amaran sistem berdasarkan ‘keikhlasan bekerja tanpa gaji”’ini tidak dapat bertahan lama. Ramai menjangkakan kakitangan penting akan mengambil cuti sakit jika rundingan terus menemui jalan buntu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN