Hampir 1,000 mahasiswa sertai jelajah Pesona Sinema FFM35 - Utusan Malaysia

Hampir 1,000 mahasiswa sertai jelajah Pesona Sinema FFM35

Pesona Sinema FFM35
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU :Hampir 1,000 mahasiswa menyertai siri jelajah forum Pesona Sinema FFM35 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Negeri Sembilan.

Dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), program itu bertujuan merapatkan jurang antara mahasiswa dengan penggiat industri seni tempatan.

Siri jelajah berkenaan membuka tirainya di UiTM Kampus Kuala Pilah pada 17 November sebelum melabuhkan tirai di UiTM Kampus Rembau, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesona Sinema FFM35

Antara selebriti yang turut menjayakan program berkenaan ialah Nad Zainal, Sweet Qismina dan Andy Teh yang berkongsi pengalaman serta pandangan mengenai cabaran dunia hiburan masa kini.

Sementara itu, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, penganjuran forum berkenaan merupakan inisiatif penting dalam meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai perkembangan dunia digital serta kesannya terhadap reputasi dan kelangsungan kerjaya anak seni.

“Kerjasama berterusan bersama FINAS membolehkan kami membawa pakar industri untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mahasiswa.

“Dalam era media sosial hari ini, platform digital menjadi medan terbaik untuk mempamerkan bakat, namun pada masa sama, ia juga ibarat pedang bermata dua.

“Sekiranya disalahgunakan, platform ini berisiko mencalarkan reputasi individu, khususnya menerusi fenomena ‘cancel culture’ yang semakin membimbangkan.

“Justeru, forum ini menjadi ruang diskusi matang antara mahasiswa dengan individu berpengaruh yang pernah memenangi anugerah atau menerima pencalonan sepanjang 35 tahun penganjuran Festival Filem Malaysia,” katanya.

Program Pesona Sinema FFM35 turut menjadi antara pengisian strategik bagi menyemarakkan sambutan menjelang malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).

Penganjuran program itu turut melibatkan Sit Connect Asia, selain FINAS sebagai rakan strategik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini